Margaret Mead

Margaret Mead (16 Disember 1901 – 15 November 1978) ialah seorang ahli antropologi budaya Amerika. Mead dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania dan dibesarkan di kota Doylestown, Pennsylvania yang tidak jauh dari situ. Ayahnya seorang profesor di sebuah universiti, sementara ibunya seorang aktivis sosial. Mead lulus daripada Kolej Barnard pada 1923 dan mendapatkan gelar PhD-nya daripada Universiti Columbia pada 1929. Pada tahun 1925, beliau berangkat untuk melakukan penelitian lapangannya di Polinesia. Pada 1926, Mead bergabung dengan Muzium Sejarah Alam Amerika, Bandar Raya New York, sebagai pembantu kurator, dan akhirnya menjadi kurator etnologi muzium itu dari 1946 hingga 1969. Selain itu, beliau mengajar di Universiti Columbia sebagai pensyarah khas sejak 1954. Mengikuti teladan gurunya Ruth Benedict, Mead menumpukan pengajiannya pada masalah-masalah asuhan anak, keperibadian dan kebudayaan.[1] Mead juga berkhidmat sebagai pengerusi Persatuan Kemajuan Sains Amerika pada 1975.[2]Penemuan-penemuan yang ditulisnya dalam bukunya yang pertama, Coming of Age in Samoa (Menjadi Dewasa di Samoa) (1928), telah banyak diperdebatkan. Buku ini ditulisnya berdasarkan penelitian yang dilakukannya sebagai mahasiswa pascasarjana. Karya-karyanya yang diterbitkan didasarkan pada waktu beliau tinggal di Pulau Sepik dan Manus, kerana mereka yang boleh membaca daripada kedua-dua kebudayaan yang digambarkannya itu telah menantang sebagian daripada pengamatannya. Namun posisinya sebagai ahli antropologi perintis tetap teguh.Margaret Mead berkahwin tiga kali, pertama kali dengan Luther Cressman dan dua lagi perkahwinan berikutnya adalah sesama ahli antroplogi, Reo Fortune dan Gregory Bateson. Dengan Bateson, beliau memperoleh seorang anak perempuan, yang juga seorang ahli antropologi, Mary Catherine Bateson. Cucu perempuannya, Sevanne Margaret Kassarjian, ialah seorang pelakon drama dan televisyen yang bekerja secara professional dengan nama Sevanne Martin. Mead meninggal di New York City pada 15 November 1978, dalam usia 76 tahun.

Rujukan

WikiPedia: Margaret Mead http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a1036206x http://www.lib.berkeley.edu/MRC/audiofiles.html#me... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://www.loc.gov/exhibits/mead/ http://uli.nli.org.il/F/?func=direct&doc_number=00... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068675070 http://www.interculturalstudies.org http://www.interculturalstudies.org/Mead/biography... http://isni.org/isni/0000000121302524 http://kulturnav.org/2822ae44-0ffc-4a88-b5e5-2b745...